CHESS ACADEMY MALAYSIA

"Melahirkan Generasi Juara Catur Dengan Bimbingan Profesional"

Akademi catur eksklusif untuk pelajar, remaja, dan profesional yang mahu menguasai strategi, taktikal dan seni permainan catur bertaraf antarabangsa.

Tentang Kami

Kelab catur kami ditubuhkan dengan visi untuk melahirkan pemain catur berprestasi tinggi yang mampu bersaing di arena tempatan dan antarabangsa. Dengan sokongan tenaga pengajar berpengalaman, kurikulum moden, serta pendekatan pengajaran yang eksklusif, kami percaya setiap pelajar mampu mencapai potensi penuh mereka.

Visi Kami

Menjadi kelab catur yang melahirkan pemain berdaya saing, berfikiran strategik, dan mampu mengharumkan nama komuniti di peringkat nasional dan antarabangsa.

Misi Kami

Membimbing ahli dari pelbagai peringkat umur untuk meningkatkan kemahiran catur melalui latihan, perlawanan, dan bengkel.

Menyokong pemain berbakat untuk mencapai kejayaan di peringkat negeri, kebangsaan, dan antarabangsa.

Program Latihan

Program yang di susun khas untuk semua peringkat tanpa mengira umur.

Dari peringkat asas sehingga peringkat profesional.

Program Asas

Sesuai untuk semua yang mahu mula belajar, memahami peraturan asas, strategi permulaan, dan teknik permainan yang kukuh.
RM90/sebulan
  • 4 kelas / sebulan
  • Pilih salah satu slot:
  • Sabtu: 9.00AM - 10.30AM
  • Ahad: 9.00AM - 10.30AM
  • Selasa: 8.15PM - 9.45PM

Program Pertengahan

Fokus pada taktik lanjutan, strategi pertengahan permainan (middlegame), serta teknik akhir permainan (endgame).
RM120/sebulan
  • 4 kelas / sebulan
  • Pilih salah satu slot:
  • Sabtu: 9.00AM - 10.30AM
  • Ahad: 9.00AM - 10.30AM
  • Selasa: 8.15PM - 9.45PM

Program Profesional

Direka khusus untuk pelajar berdaya saing yang mahu menyertai pertandingan kebangsaan dan antarabangsa.
RM150/sebulan
  • 4 kelas / sebulan
  • Pilih salah satu slot:
  • Sabtu: 9.00AM - 10.30AM
  • Ahad: 9.00AM - 10.30AM
  • Selasa: 8.15PM - 9.45PM

Keistimewaan Chess Academy Malaysia

Aktiviti & Program

Testimoni Peserta

Akademi ini memberi lebih daripada sekadar latihan, ia membina disiplin dan keyakinan. Terima kasih Chess Academy Malaysia.

Aisyah

Pembantu Am, 22

Sejak menyertai Chess Academy Malaysia, ranking saya meningkat dengan ketara. Jurulatih sangat profesional dan dedikasi.

Razak

Pengurus, 37

Chess Academy Malaysia membantu saya memahami catur dengan lebih mendalam. Suasana pembelajaran juga amat selesa.

Ah Keong

Pelajar, 15

Hubungi Kami

Langkah pertama anda untuk menuju ke dunia catur profesional bermula di sini.

Sertai komuniti eksklusif kami dan bina masa depan anda sebagai pemain catur yang berstrategi dan berkeyakinan.

Chess Academy Malaysia

“Catur bukan sekadar permainan, ia adalah seni berfikir. Setiap langkah mengajar kita kesabaran, strategi, dan keberanian. Di papan catur, kita belajar bahawa kemenangan bukan milik langkah tergesa-gesa, tetapi milik mereka yang berani merancang jauh ke hadapan.”

All rights reserved. Designed by Imzan Razin. 2025